nich gan blog yang berisi cerita gw tentang harry potter 7 yang gw tonton... begini ceritanya:
Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, masyarakat sihir mula menggelarkan Harry sebagai "yang Terpilih" The Daily Prophet telah membongkarkan cerita tentang wujudnya ramalan dalam Kementerian yang Harrylah sepatutnya membunuh Voldemort. Walau bagaimanapun, dakwaan ini tidak dapat dibuktikan—Dumbledore dan Harry memutuskan, buat sementara ini, hanya sahabat baik Harry boleh mengetahui yang tentang maklumat tilikan itu. Maka, Harry memberitahu Ron dan Hermione tentang apa yang diketahuinya tetapi tidak kepada Menteri Sihir yang baru terpilih, Rufus Scrimgeour.
Harry, Ron, dan Hermione memerhatikan Draco Malfoy yang berkelakuan mencurigakan di Diagon Alley, dan Harry mendakwa yang Malfoy telah menyertai Death Eater. Ron dan Hermione menganggapnya sebagai suatu yang tidak mungkin.
Di Hogwarts, Harry dikejutkan apabila Snape ialah guru baru bagi subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Posyen pula diambil alih oleh rakan lama Dumbledore, Horace Slughorn. Slughorn berminat untuk menjadikan Harry dan beberapa palajar lain yang terkenal sebagai protégé. Slughorn berbaik dengan Harry sepanjang penggal dan pada masa yang sama Harry mendapati cinta barunya dengan adik Ron, Ginny.
Sepanjang tahun di sekolah, Dumbledore mengajak Harry ke pejabatnya untuk memberikan pelajaran khas. Harry ingatkan yang dia akan diajar lanjutan bagi Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam, tetapi kemudian mendapati yang pelajaran ini adalah perjalanan ke dalam memori melalui Pensieve. Tidak semua memori tersebut adalah kepunyaan Dumbledore, tetapi semuanya berkaitan dengan Voldemort. Melalui memori inilah, Dumbledore dan Harry menjejaki kisah silam Voldemort, dari ketika ibunya bertemu bapanya hinggalah ketika kali pertama Voldemort berjumpa dengan Dumbledore di rumah anak yatim di London, dan seterusnya. Satuu memori telah diubahsuai Profesor Slughorn berkenaan perbualannya dengan Tom Riddle. Dumbledore mengarahkan Harry untuk memujuk Slughorn supaya didedahkan keseluruhan memori tersebut. Memori tersebut tidak mendedahkan personality Voldemort tetapi rahsia untuk membunuhnya iaitu berkaitan dengan Horcrux. Semua memori itiu dikaitkan untuk mencari jalan bagaimana untuk membunuh Voldemort.
Menjelang hujung tahun persekolahan, Dumbledore menemui tempat yang dipercayainya sebagai tempat tersembunyi satu daripada Horcrux dan membawa Harry bersama. Horcrux tersebut disembunyikan oleh Voldemort di tengah-tengah tasik yang dikelilingi Inferi di dalam sebuah gua yang pernah menjadi sebahagian daripada sejarah hidup Voldemort. Harry terpaksa mendesak Dumbledore untuk meminum sejenis posyen yang membuatkannya sangat tersiksa semata-mata untuk mendapatkan loket yang berada di sana.
Apabila Dumbledore dan Harry kembali ke perkarangan sekolah, keadaan di sana telahpun menjadi huru hara yang dilakukan oleh Draco Malfoy (dengan membawa Death Eater masuk ke sekolah) dan membuatkan berlakunya konfrontasi antara Severus Snape dan Dumbledore. Harry, yang sedang memakai jubah halimunan telah dipegunkan oleh Dumbledore untuk menghalangnya daripada mengganggu. Maka, Harry terpaksa menyaksikan kedahsyatan ketika Snape membunuh Dumbledore dan badan mentornya itu jatuh dari Menara Astronomi. Harry mengejar Snape dengan membati buta dan memegunkan beberapa Death Eater tetapi tetap tidak dapat bertarung menentang Snape dengan baik yang dengan megahnya mengatakan kepada Harry dengan megahnya yang Harry perlu belajar "tutup minda kamu dan mulut kamu" sebelum meninggalkan perkarangan sekolah. Selepas kematian Dumbledore, Harry membuka loket yang diperoleh dari gua tadi. Terdapat catatan di dalamnya mendedahkan yang loket tersebut adalah Horcrux palsu dan yang sebenarnya telah dicuri oleh R.A.B. Harry berasa kecewa kerana kematian Dumbledore hanya sia-sia.
Selpeas pengkebumian Dumbledore, Harry menyedari sama ada Hogwarts akan dibuka tahun depan atau tidak, dia tidak berninat untuk kembali tetapi dia membuat keputusan untuk memusnahkan Horcrux Voldemort yang tinggal. Harry turut tidak melupakan hasratnya untuk membalas dendam dan kini dia membenci Snape sebagaimana dia membenci Voldemort. Harry kini terasa kesunyian; dia merasakan yang dia telah kehilangan semua yang dicintai kepada Voldemort dan kini, pelindungnya yang terakhir dan terhebat telah mati. Ron dan Hermione, berjanji untuk bersama Harry dalam pencariannya walaupun itu bermakna terpaksa meninggalkan sekolah.
Kesetiaan mereka terhadap Harry telah terbukti. Ini menandakan, dengan Harry yang bakal mencecah 17 tahun (tahap kedewasaan bagi dunia sihir) dan kurangnya penglibatan Hogwarts dalam buku terakhir, berakhirnya zaman kekanak-kanakan mereka dan mereka bakal berhadapan dengan Voldemort bersama.
Demikian lah cerita saya,semoga anda yang membaca tidak bosan dan sedikit tahu tentang harry potter 7
Sekian....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar